
Pengenalan MQDS
Madrasatul Quran Darussalamah
MQDS ditubuhkan pada November 2015. Alhamdulillah, empat bulan selepas itu iaitu pada 16 Februari 2016, MQDS telah secara rasmi mendapat pendaftaran daripada JAIS & JAKIM.
MQDS adalah singkatan kepada Madrasatul Quran Darussalamah. Pemilihan nama Darussalamah atau Assalamah adalah ilham dan cadangan daripada Muhammad Amir Hadi Bin Hj Mohd Wahi yang juga merupakan Pengetua MQDS sempena nama Atuk beliau iaitu Allahyarham Hj Selamat Bin Hj Ghazali.
Kini, MQDS mempunyai lebih 85 orang pelajar lelaki dan 25 pelajar perempuan yang sedang giat berjuang menuntut ilmu. Manakala hampir 150 lepasan yang telah menyambung pengajian dan pembelajaran ke peringkat seterusnya dalam pelbagai bidang.
MQDS amat menitikberatkan pembangunan pendidikan di dalam dan luar kelas. Pelbagai program telah dan akan disusun dari semasa ke semasa bagi usaha ke arah matlamat MQDS iaitu Membangun Generasi Huffaz Professional Beradab.
Jom bersama kami di MQDS! Bersama kita Membangun Generasi Huffaz Profesional Beradab!

Statistik Terkini
Jumlah Guru
Pelajar Lelaki
Pelajar Perempuan
Lepasan
Asatizah MQDS
Madrasatul Quran Darussalamah
Visi & Misi
Visi
Membangun Generasi Huffaz Profesional Beradab
Misi
Menjadi contoh dan tauladan mengikut Quran & Sunnah kepada masyarakat.
Menjadikan adab sebagai panduan dalam setiap waktu dan ketika.
Membudayakan alQuran secara hafazan dalam kalangan anak muda.
Logo & Motto
ILMU . AMAL . ADAB





Sijil Pendaftaran MQDS
MQDS berdaftar:
1. Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) No. Perakuan JLD.8 (5),
2. Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Kod Sekolah BZH8070,
3. Persatuan Institusi Tahfiz Al-Quran (PITAS) No. Keahlian 2008-009-211,
4. Persatuan Madrasah Tahfiz Al-Quran Malaysia (PERMATA) No. Keahlian 187/10/2016,
5. Persatuan Ihtimam Tahfiz Al-Quran (PINTA) No. Keahlian PS-061